Tuesday 19 February 2013

:Amah Indonesia dipenjara 20 tahun bersalah lambung bayi




KUANTAN: Seorang pembantu rumah warga Indonesia dipenjara 20 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menghempas dan menganiaya bayi berusia empat bulan, Jumaat lalu.

Untuk tuduhan pertama, dia dipenjara dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun manakala tuduhan kedua selama 5 tahun. Bagaimanapun, hukuman berkenaan berjalan serentak.

KABEL LIF PUTUS, ISTERI ANGGOTA TLDM MAUT



LUMUT : “Tragedi ini dapat dielakkan jika lif itu diselenggara secara berkala dengan baik. Saya kesal kerana isteri saya menjadi mangsa akibat sikap sambil lewa ini,” kata Rafie Johar, 37, yang kematian isteri akibat lif dinaiki di Pangsapuri Blok A25, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini, terhempas dipercayai kerana kabelnya putus.

Dalam kejadian jam 5 petang Jumaat lalu, mangsa, Zamelia Isharuddin, 38, menaiki lif itu dari tingkat lima bangunan didiami untuk turun ke tingkat bawah bagi mengambil wang hasil perniagaan nasi lemak yang dijalankan secara sambilan.



Rafie berkata, lif di pangsapuri itu sudah lama bermasalah dan hanya satu daripada dua mesin pengangkat itu boleh digunakan. “Kemungkinan kabel lif yang boleh digunakan itu sudah ‘haus’ kerana tidak diselia atau diperiksa pengurusan kediaman ini,” katanya.

Menurutnya, dia hanya mengetahui nahas ngeri membabitkan isterinya itu selepas dimaklumkan beberapa jiran yang tinggal berhampiran pangsapuri 10 tingkat itu.

Menurutnya, beberapa jiran yang terkejut selepas mendengar dentuman kuat itu segera menghubungi bomba dan penyelamat sebelum isterinya berjaya dikeluarkan dari dalam lif berkenaan.

“Ketika itu, isteri tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Seri Manjung bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Keadaan Zamelia amat kritikal berikutan tengkuk dan kepalanya turut dihentak kabel besi lif yang putus itu.

“Doktor bertungkus-lumus menyelamatkannya sebelum isteri menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.15, Sabtu lalu,” katanya.

Rafie berkata, dia tidak dapat menahan rasa sedih berikutan kehilangan isteri dalam tragedi yang amat mengerikan itu.

Difahamkan, jenazah mangsa dibawa pulang untuk dikebumikan di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar.

Source : Harian Metro

Alfatihah~

Sunday 17 February 2013

DERA budak 4 Bulan

semalam kan ade masuk berite pasal budak 4 bulan yg kene dera ngn pengasuh dia tu.. ape lah salah budak tu sampai dilambung2 macam anak patung tu. geram plak tgk. kalau bende tu la terjadi kat korang, ape tindakan korang ek. Sekarang ni susah nak percaya kan orang. Dah disuruh asuh anak orang, dibuatnye macam tu plak...hmmmmm


hari minggu

selamat petang ahad, atau petan minggu u alls.... petang2 mcm ni korang buat ape ek.. ape yg best dibuat petang cuti mcm ni.. kongsi2 kan la kat sini. ade citer menarik ke petang ni..emmmm

Saturday 16 February 2013

welcome to the club... sembang sembang!!

selamat datang semua ke ruangan baru untuk sembang-sembang. nak sembang ape2 pon boleh, janji yang halal. heheheheeh





...